Thursday, May 26, 2011

SUPER MAMA

1/4/2011 abah diarahakan untuk bertugas di tempat baru di Sg Petani. Alhamdullilah abah dinaikkan pangkat ASP berkat usaha abah selain rezeki mama dan anak-anak abah. Namun sejak dari tarikh itu abah kesian dgn mama yang banyak berkorban dan terpaksa mengambil sesetengah tugas abah yg tak dapat abah laksanakan kerana kesuntukan masa. Namun abah amat kagum dan bangga kerana mama dapat melaksanakanya semua tugas baru tanpa rungutan tanpa menjejaskan tugasnya yang sedia ada. Abah akui, semuanya bukan satu tugas yang mudah sebagai seorang guru, dengan tempahan2 bakery yang semakin mendapat sambutan dan dengan kerenah anak2 abah. Adik yang manja suka merengek dengan mama, angah seperti biasa menambahkan keriuhan dengan kenakalannya manakala along tetap dengan sikapnya yang terpaksa mengalah dengan kerenah adik2.


Kek dan tart mama memang sedap dan siapa yang terkena penangannya mesti akan menempahnya utk kali kedua dan seterusnya. Seronok tengok mama dengan kepuasannya dengan feedback pelanggannya. Tapi dengan tempahan kek mama yang semakin bertambah dan Abah tengok mama pun abah rasa letih. Tapi mama tetap macam biasa, Tak pernah gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri dan memenuhi permintaan pelanggannya. Itulah mama along, angah dan adik yang sangat kita sayangi. We all love u verry much supermama...

Wednesday, March 9, 2011

coretan along

Sekarang along sudah faham dah. Tapi boleh ke nak balik ke kampung boleh ke? along merayuuuuuu sangat Tolonglah ye. along akan setiasa ingat pesan abah. Sekian terima kasih dari along

Sunday, March 6, 2011

Kenapa Abah Garang sangat ??

Kenapa abah garang sangat ?....mungkin soalah itu lah selalu bermain di fikiran Along, Angah dan Adik. Jadi di sini Abah nak ambik kesempatan dalam blog mama ni bagi mencoretkan luahan hati dan perasaan abah dan menjawab soalan tersebut. Memang abah selalu garang, tegas dengan anak-anak abah. Semua tak terlepas dari marahan abah yang kadang-kadang ada yang kena rotan.....semua akan kecut perut bila abah menuju ke arah rak buku di ruang tamu rumah sambil tangan abah meraba-raba utk mencapai sesuatu di atas rak buku tersebut, kerana di situ lah abah letakkan rotan kecil sepanjang 3 kaki..abah takkan lupa rayuan along bila rotan ditangan abah, angah akan lari bagi mendapatkan perlindungan dari kena rotan dan adik masih tak tau apa-apa lagi, jadi dia selamat la sementara waktu dari rotan abah.
.

Almari buku yang di atasnya ada rotan abah


Rotan yang Along, Angah dan Adik takuti

Tapi apa yang abah lakukan itu adalah semata-mata untuk mendidik dan mengajar anak-anak abah supaya kalian menjadi insan yang baik, berdisplin dan ingat tentang apa yang perlu di buat dan apa yang tidak boleh dibuat.
Cara abah memang agak keras kerana mungkin dipengaruhi oleh budaya kerja abah sebagai seorang pegawai polis yang sentiasa mementingkan displin, tegas dan patuh dengan arahan. Bila abah kata akan buat memang abah akan buat dan kalian semua faham cara abah. Tapi mamalah yang mengimbangi kegarangan abah. Mamalah yang akan menyejuk dan memujuk anak-anaknya yang dimarahi oleh abah. Terima kasih mama kerana faham dengan cara abah dan sememangnya abah amat bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang tidak kenal erti jemu dalam mencurahkan kasih sayang kepada abah dan anak-anak.
Cuma apa yang abah harapkan ialah kalian faham kenapa abah berkelakuan sedemikian. Tak lain dan tak bukan "ABAH SAYANG ANAK-ANAK ABAH". Apa yang abah takkan lupa ialah bila abah marahkan along atau angah soalan yang kalian selalu ajukan ialah "abah marahkan along sebab abah tak sayang along ke?" dan jawapan yang selalu abah bagi ialah "sebab abah sayangkan along la abah marahkan along, kalau abah tak sayang abah biarkan saja along buat apa yang along suka"..Abah doakan agar Along menjadi anak yang baik kepada Abah dan Mama dan abang yang baik kepada Angah dan Adik. Jadilah contoh kejayaan along kepada adik-adik sebab abah tahu along memang seorang anak yang baik. Sama juga angah dan adik kalian semua anak yang baik. sebenarnya untuk pengetahuan Along, Angah dan Adik serta Mama sendiri sememangnya satu soalan yang sentiasa bermian difikiran abah sendiri bila memikirkan tentang keluarga kita ialah "garang sangat ke abah ni?".

Saturday, March 5, 2011

Good Morning...

Good morning...good morning... good morning to you,
itulah bait-bait lagu yang angah selalu nyanyikan... lagu tu dijar oleh anty di Nursery. Tahun depan angah dah masuk lima tahun.... cadanganya nak hantar angah masuk tadika Al-Falah. Di situ angah boleh belajar sikit-sikit. Sekarang ni mama sedang mengawas peperiksaan pelajar-pelajar mama. Dalam kelas ni cuma ada 12 orang pelajar lelaki, 3 orang sedang tekun menjawab kertas bahasa inggeris, yang lainnya sedang kegelisahan dan buat-buat tidur mungkin kerana kertas bahasa inggeris.
Anak-anak mama...
kalian nanti bagaimana ye... bila mama perhatikan dan apa yang mama alami di sekolah mama, mama juga risau bagaimana keadaan anak-anak mama nanti. Adakah anak mama akan jadi pelajar yang tekun menjawab atau pelajar yang gelisah atau pelajar yang sedang tidur. Anak mama nak tau tak kenapa mereka jadi macam tu... itu kerana mereka tidak berminat untuk belajar, dan tidak berusaha untuk belajar. Walaupun mereka tahu akan menghadapi peperiksaan tapi mereka bersikap sambil lewa sahaja. Semoga Along, Angah & Adik jadi anak-anak yang baik dan berguna kepada agama, bangsa dan mama & abah juga.

Saturday, February 19, 2011

Bila Mama boleh Tido


Assalamualaikum anak-anak mama....


sekarang dah jam 12.19 pagi, kerja mama masih belum siap. Sedangkan anak-anak mama sedang lena dibuai mimpi. Mama harap along, angah dan adik mimpikan yang indah-indah dan mimpikan kegembiraan yang membahagiakan. Sebagaimana anak-anak mama sentiasa gembira dan bahagia cuma sesekali anak-anak mama akan sedih dan menangis bila mama atau abah yang marah. Marah mama dan marah abah adalah untuk kebaikan anak-anak mama. Kembali kepada kerja mama... entahlah, perlukah mama mengeluh... sedangkan inilah kerja mama punca pendapatan yang membantu perbelanjaan abah untuk kita semua.


Kerjaya inilah yang membolehkan mama hidup gembira bersama kalian dan memenuhi keperluan kalian. Walaupun ianya tidak sebesar mana berbanding dengan perbelanjaan abah untuk kita sekeluarga. Terima kasih abah... kerana membahagiakan mama dan anak-anak. Tapi malam ini mama rasakan seperti membuang masa apa yang lakukan. Hujung tahun lepas mama dan kawan-kawan mama telah berhempas pulas menyiapkan 'kerja ini' tiba-tiba minggu ini kami diarahkan untuk membuat kerja yang sama cuma berlainan format sahaja. Satu minggu mama diberi tempoh untuk menyiapkannya... sekali lagi mama dan kawan-kawan mama akan berhempas pulas untuk kesekian kalinya untuk hantar esok 20/2/2011.


Along, Angah, Adik... mama minta maaf kerana berkasar dengan kalian tadi kerana mengganggu mama dan helaian kertas mama yang berselerak ini. Anak-anak mama... mama sayang kamu.

Saturday, February 5, 2011

Dedikasi




Salam semua... akhirnya berhasil juga blog yang mama bina khusus untuk keluarga kita terutamanya buat anak-anak mama, Along, Angah dan Adik. Sekian lama mama bercita-cita untuk memiliki blog istimewa ini, baru hari ini ianya berhasil. Sebenarnya terlalu banyak peristiwa-peristiwa penting dan menarik untuk mama coretkan di sini untuk kenangan kita sekeluarga. Cerita-cerita tentang Along yang sentiasa 'cool', cerita tentang Angah yang kurang sabar, dan cerita Adik yang kuat merajuk. Mungkin bila anak-anak mama sudah dewasa kelak, kalian pasti akan berasa sentiasa dekat dengan mama. Jejari mama akan terus menari selagi terdaya. Sekiranya abah yang baca blog ini, pasti abah akan tertawakan mama, pasti abah akan berkata "sejak bila mama jadi sentimental macam ni". Biarlah abah tertawakan mama, mama tetap sentimental bila membicarakan tentang anak-anak mama.






Along... Terima kasih mama ucapkan kerana menjadi anak yang baik buat mama dan abah. Teruskanlah agar Along menjadi contoh yang baik buat buat Angah dan Adik atau sesiapa jua yang dekat dengan Along. Sesungguhnya mama sungguh bertuah kerana dikurniakan seorang anak sulong yang teramat baik. Mama akan sentiasa mendoakan kejayaan Along dan adik-adik di dunia dan akhirat. Tahniah juga mama ucapkan untuk Along kerana berjaya mencapai cita-cita Along untuk menjadi Ketua Kelas Tahun 1 IK. Tunaikan tanggung jawab yang diamanahkan dengan sempurna.




Angah... Angah memang menceriakan lagi hidup mama dan abah. Tahun ini Angah sudahpun berusia 4 tahun. Sungguh cepat masa berlalu, sehinggakan mama tidak terasa bahawa Angah sudahpun 4 tahun. Angah memang kurang sabar orangnya, Kadang-kadang tahap kesabaran mama yang diuji. Tapi Angah pandai sejukkan hati mama, walaupun sedang marah, Angah akan buat mama tersenyum.




Adik... Adik pun dah berumur 1 tahun 5 bulan. Tapi keletahnya boleh tahan. Kuat merajuk.. adik juga bertuah kerana memiliki Along dan Angah yang sentiasa melindungi Adik walau apa keadaan sekali pun. Biasala... dah namanya Adik, dia akan cepat merajuk jika abangnya tidak memenuhi kehendaknya. Rajuk adik itula yang membuatkan kita selalu tertawa.




Abah... Hero mama dari dulu kini dan selamanya. Jangan lupa ulangtahun perkahwinan kita yang ke-8, dan jangan lupa hadiah untuk mama yer...




Ok... kalau diikutkan jejari mama ni tak mau berhenti menari... esok jumpa lagi. Love You All So Much.